Perodua Alza yang baharu dijadualkan akan dilancarkan bulan hadapan, dan juga tempahan untuk model MPV tersebut turut dibuka. Dilaporkan, model terbaharu ini menjanjikan beberapa ciri-ciri yang baharu dan juga terdapat penambahbaikkan ke atas model tersebut.
Dengan rekabentuk bamper yang baharu, dilihat Perodua Alza didatangkan dengan bahagian luaran yang lebih sporty.
Di bahagian dalaman pula, Alza baharu akan menerima upgrade seperti kemasan warna hitam monotone, reka bentuk meter baharu, sistem multimedia baharu dengan navigasi dan sistem kamera undur, skrin monitor yang dipasangkan dibumbung, dan juga tempat duduk dibarisan ketiga yang boleh dilipat berasingan. Disamping itu, sistem ISOFIX turut ditambah, yang mana ciri-ciri yang tidak terdapat pada model terdahulu. Tempat letak tangan (berserta ruang penyimpanan) di bahagian tengah antara pemandu dan penumpang hadapan juga merupakan antara ciri-ciri yang ditambah.
Buat masa kini, Perodua masih belum mendedahkan maklumat yang lebih lanjut dan lengkap beserta harga Perodua Alza baharu. Akan tetapi, dengan beberapa penambahan pada ciri-ciri seperti yang dikongsikan tadi, kita boleh mengagak, pasti akan terdapat sedikit peningkatan pada tanda harga.Tempahan bagi Alza baru ini juga sudah dibuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan